Kau Sahabat,Kau Teman !!

Like Me !!

silalah klik ...

Global Promotion Alliance

Di Sebalik Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W biasanya dilakukan dengan perhimpuan , perarakan dan acara-acara keilmuan seperti ceramah agama , bacaan Al-Quran dan kerja-kerja amal lain.

Apa yang penting di sebalik sambutan dan acara-acara seperti itu ialah kita perlu memahami dan menghayati kerasulan nabi besar itu.Firman Allah bermaksud :

“sesungguhnya yang datang kepada kamu seorang rasul dari kalangan kamu sendiri,terasa berat olehnya penderitaan mu,sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu,amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin”.-surah at-taubah ayat 128.

Nabi Muhammad dilahirkan dalam kalangan keluarga bani hashim di mekah pada isnin,12 rabiulawal permulaan tahun dalam peristiwa tentera bergajah (al-Fiil) bersamaan dengan 20 april tahun 571 masihi.

Pada masa kelahirannya telah wujud dua empayar besar iaitu Parsi yang beragama majusi atau penyembah api dan Rom yang beragama kristian.

Salah satu refleksi peringatan hari kebesarannya ialah mengambil teladan baginda yang telah mengeluarkan umat islam jahiliah dari lembah kemiskinan harta ilmu,keruntuhan akhlak mahupun spiritual serta komunikasi ukhwah. Baginda pembawa risalah islamiah untuk umat manusia iaitu suatu anugerah bagi umat sejagat. Beginda berhasil membawa masyarakat jahiliah yang miskin mental menjadi masyarakat luhur ,berbudi bahasa,berakhlak mulia,dalam pergaulan harian dan penuh peradaban dengan menghidupkan empat sikap utama.

Pertama,”syaja’ah” ertinya berani pada kebenaran dan takut pada kesalahan dan dosa. Kedua “iffah” – pandai menjaga kehormatan diri zahir dan batin. Ketiga “hikmah” – tahu rahsia diri dan pengalaman hidup. Keempat “adalah” ertinya adil walaupun pada diri sendiri.

Rasulullah sebagai seorang suami ,ayah,guru,ahli strategi ,pakar ekonomi, pejuang hak-hak asasi manusia dan pemimpin Negara teladan. Nilai-nilai teladan tersebut hendaknya menjadi kenyataan dan warisan paling berharga bagi kita umat manusia,tanpa terkecuali. Setiap langkah, hasrat yang kita niatkan, setiap kenyataan yang diikrarkan dan setiap perbuatan yang dilakukan,merupakan cerminan dan keteladanan Rasulullah yang mesti diterapkan dalam kehidupan harian umat islam.

Memperingati Maulidur Rasul sebanarnya menanamkan keinginan kuat mengikuti jejak langkah sunnah Rasulullah yang diwariskannya,sesuai wahyu Allah mengenai utusan Muhammad SAW menjadi “rahmat bagi semua umat islam”. Tujuan utama menciptakan “khaira umat” iaitu umat berkualiti atas dasar iman kepada Allah. Berpacukan dalam perlumbaan kepada kebaikan “fastabiqul khaira”. Ajaran islam terbukti dalam sejarah panjang peradaban manusia dan berhasil menciptakan sesuatu komunikasi umat yang kian hari bertambah jumlahnya sehingga akhir zaman.

Umat islam mesti sedar,dakwah kerana Allah selalu berhadapan dengan kekuatan konsep fikrah (ghazwul fikri) yahudi dan salibi,dalam penguasaan ekonomi tersistem ke arah kemelaratan umat yang kaya menjadi sangat tergantung pada belas kasihan pemodal sehinnga lahirlah masyarakat miskin dari kekayaan yang dibolot kaum kapitalis.

Situasi akhir zaman ini diikuti percaturan politik dengan membungkus demokrasi , kemanusiaan dan hak asasi yang pada dasarnya menjadi fobia terhadap islam yang berakhir dengan intimidasi bagi umatnya.

Di samping itu rata-rata umat islam di belahan dunia berselisih faham sesama sendiri dalam krisis ideology dan politik sehingga melemahkan kekuatan umat islam. Sudahlah umat islam lemah dan mundur dalam ekonomi,timbul pula rakyat memberontak melawan kerajaan atas alasan kerana memerintah dengan kuku besi dan kezaliman.

Sudah sampai masanya umay islam bersatu padu memperkuatkan kekuatan dalam mewujudkan umat yang terunngul sebagaimana yang dimaksudkan oleh nabi Muhammad s.a.w menerusi penghayatan maulidur rasul setiap menjelang 12 rabiulawal.




-petikan dari sinar harian edisi 14 Februari 2011-

No comments:

Post a Comment

Chat Room...