Kau Sahabat,Kau Teman !!

Like Me !!

silalah klik ...

Global Promotion Alliance

NABI MUHAMMAD PENYELAMAT MARUAH WANITA DARIPADA KEHINAAN

Firman Allah SWT bermaksud : “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu,pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik,iaitu orang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat serta dia menyebut dan mengingati Allah (pada masa susah dan senang)”.-surah al-Ahzab,ayat 21-

Memperingati dan meraikan kelahiran Baginda adalah satu tuntutan dan bukti kecintaan kita terhadap Baginda. Hendaklah kita mewujudkan perasaan kasih sayang yang tinggi terhadap Nabi akhir zaman yang menduduki tempat itu dalam senarai “The 100 most Influential People in History” seperti yang dipaparkan dalam tulisan Micheal Hart.

Kehebatan nabi Muhammad dan kelahirannya telahpun diberitakan menerusi kitab Taurat dan Injil. Namun fakta itu disembunyikan oleh golongan Yahudi dan Nasrani disebabkan nabi Muhammad bukanlah dari kalangan mereka tetapi arab. Dalam al-Quran banyak diceritakan mengenai kelahiran nabi sebagai pembawa rahmat bagi sekalian alam. Firman Allah bermaksud : “ dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam”. –surah al-Anbiyaa’,ayat 107.

Menurut jumhur ulama bahawa junjungan besar nabi Muhammad dilahirkan pada hari isnin 12 rabiulawal tahun gajah bersamaan dengan 20 April 571 masihi. suasana ketika kelahiran nabi Muhammad terbahagi kepada dua kuasa besar iaitu rom dan parsi.

Pada ketika itu,kaum wanita dianggap sebagai masyarakat kelas kedua. Mereka dilayan sebagai alat memuaskan nafsu semata-mata. Mereka turut diperdagangkan,perjudian dan arak adalah perkara biasa dan bukan dianggap suatu keaiban bagi masyarakat jahilliah.

Kelahiran anak perempuan adalah satu kehinaan di sisi masyarakat arab jahiliah. Mereka sanggup membunuh anak perempuan bagi menjaga maruah di sisi kaum mereka. Peperangan dan pembunuhan adalah perkara lumrah. Bangsa arab berada dalam keadaan huru-hara,tiada pemimpin Negara kerana mereka lebih berbangga dengan suku kaum masing-masing. Pertelingkahan yang kecil boleh mengakibatkan perseteruan berkurun lamanya. Tegasnya,sebelum kelahiran nabi Muhammad dunia ada di persimpangan kegelapan moral dan tauhid walaupun tegaknya dua tamadun empayar manusia yang besar iaitu Rom dan Parsi.

Diceritakan bahawa kelahiran nabi Muhammad itu dikenali Tahun gajah sempena tewasnya tentera bergajah Raja Abdullah yang beragama kristian mengarah tenteranya ke makkah untuk meruntuhkan kaabah bagi masyarakat bertumpu ke gereja yang di bina di Syam,ibu kota Yaman seperti dirakamkan dalam al-Quran yang bermaksud :

“tidaklah kamu melihat bagaimana tuhan kamu memperlakukan terhadap tentera bergajah (yang hendak meruntuhkan kaabah)”.-surah al-Fiil,ayat 1-

Kemudian pada akhir ayat Allah berfiman yang bermaksud : “dan Allah mengutuskan ke atas mereka burung ababil yang melontarkan mereka dengan batu daripada tanah yang dibakar (sijjil). Maka jadilah mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat”. –surah al-Fiil,ayat 5.

Bapa nabi Muhammad ialah Abdullah bin Abdul Muttalib seorang pedagang dari Syam yang meninggal dunia ketika baginda berusia enam bulan dalam kandungan. Dikisahkan ketika baginda dilahirkan nabi Muhammad tidak menangis seperti bayi lain. Apabila nabi Muhammad berpaling ke arah Parsi (Iran) api sembahan kaum majusi terpadam dengan tiba-tiba. Apabila berpaling ke arah ibu kota Rom,istana Maharaja Rom bergegar,Raja Rom memerintahkan agar dicari dan dibunuh bayi berkenaan.

Perkara ajaib yang berlaku adalah mukjizat kenabian yang Allah tunjukkan bagi tujuan agar masyarakat Arab dan dunia memberikan perhatian dan mengenali dengan nabi Muhammad. Ia juga sebagai suatu hikmah yang mana ia dapat menjawab segala tohmahan orientalis yang ingin merosakkan nama baik dan peribadi nabi yang sebenarnya dipelihara oleh Allah sejak lahir lagi.

Petikan dari Berita Harian

Edisi isnin 14 Februari 2011

No comments:

Post a Comment

Chat Room...