Kau Sahabat,Kau Teman !!

Like Me !!

silalah klik ...

Global Promotion Alliance

Cinta Farisha Full Story

Suasana hari ini agak kelam-kabut. Semua guru sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan persiapan terakhir menjelang Hari Anugerah Kecemerlangan pada hari esok. Agak tekanan jugalah aku saat ini. Sudahlah aku ini cikgu lepasan graduasi tetiba pula nak kena involve dalam hal-hal yang macam ni. Pengalaman pertama aku dalam handle acara-acara yang agak memerlukan kelancaran dalam aturcara majlisnya. Hai,nak buat macam mana,inilah jalan yang aku pilih. Cita-cita aku sejak kecil lagi. Nak tak nak,aku kenalah buat semua perkara kalau dah bekerja. Inilah juga kali pertama aku menjadi pengacara majlis.

“Assalamualaikum,cikgu Putri tak balik lagi ke?. Kita dah nak hampir siap semua persiapan ni..”.sapa cikgu Rohani.

“Eh,cikgu Rohani..walaikumusalam. tak lagi kot. Tak mengapalah. Saya tunggu semuanya selesai baru saya balik...”balasku seraya menguntum satu senyuman.

“Owh..kalau macam tu takpe la ya..saya balik dulu..nak pergi ambil anak kat nursery pula ni..”.

“Ok..baik-baik ya cikgu Rohani...”

Cikgu Rohani berlalu pergi meninggalkan aku yang sedari tadi sedang asyik membaca teks ucapan untuk esok. Aku melihat jam tanganku. Tepat jam 4.30 petang.

“Baik aku solat Asar dulu,nanti terus balik rumah. Hari ni birthday papa..”bisik hatiku.

Selesai menunaikan solat Asar. Aku terus berkemas untuk pulang ke rumah. Kereta Honda Jazz putih meluncur laju keluar dari perkarangan sekolah.

“Assalamualaikum,mama...”.sapaku sejurus tiba di rumah.

“Waalaikumusalam,anak mama dah balik. Penat ke kerja hari ni..”soal Datin Zariah.

“Agak la mama. Esok Hari Anugerah Kecemerlangan jadi semua guru sibuk membuat persiapan..”

“Tulah,dulu masa papa suruh Putri handle hal syarikat papa,Putri taknak...”.

“Mama..bukannya Putri taknak,tapi Putri tak minat la nak main bisnes-bisnes ni. Silap-silap lingkup nanti bisnes papa tu Putri kerjakan. Lagipun,adik kan ada. Dah besar pun si Aleff tu. Dah boleh tolong uruskan hal syarikat..”

“Hai,payah kalau cakap dengan anak mama sorang ni. Keras kepala. Nasib baik la adik kamu tu okey sikit...”

“Hehe..owh,ya mama..by the way macam mana plan kita nak wat suprise kat papa malam ni”.

“Erm..mama dah suruh Aleff amik papa kat office..semua suprising mama da siapkan. Kita tunggu papa balik je...”

“Hehe..tak sabar nak tunggu papa balik...”.

Suasana dirumah aku malam ni sangat seronok. Segala perancangan untuk celebrate birthday papa berjalan lancar. We have create a great moment tonight. Happy Birthday papa!!.

***************************************************************************

Segala perjalanan Hari Anugerah Kecemerlangan pada hari ini berjalan dengan begitu lancar sekali. Pengorbanan yang sangat berbaloi. Selesai semua acara di dewan,aku terus naik ke Bilik Guru untuk mengemaskini rekod mengajarku.

“Cikgu Putri..ooo..Cikgu Putri..”.teriak Cikgu Suhana.

“Hah,kenapa cikgu Su?..”

“Ni,ada surat untuk awak. Pengetua yang bagi tadi..”

“Surat apa ni?”

“Entah,saya pun tak tahu..”

“Okey,terima kasih ya Cikgu Su..”

“Sama-sama..”

Berlalunya Cikgu Su dari situ,aku terus membaca surat yang telah diserahkan kepada aku sebentar tadi. Hah !!. Aku kena jadi guru pembimbing untuk satu Kem Kepimpinan. “Awalnya lah aku kena join aktiviti luar. Tak sampai sebulan pun lagi aku jadi cikgu kat sini..” bicara aku dalam hati. Aku terima dengan lapang dada kerana aku tahu inilah tugas seorang guru. Bukan saja mengajar tetapi juga melibatkan diri dalam aktiviti luar.

Hari ini,semua pelajar yang telah terpilih untuk pergi ke kem telah berkumpul di dataran untuk satu taklimat ringkas.

“Okey,okey..semua pelajar diminta bertenang..”.tegas Cikgu Ruzaimi kepada para pelajar.

“Okey..hari ni merupakan taklimat ringkas untuk kem yang anda semua akan pergi. Bersama saya Cikgu Putri yang akan sama-sama membantu saya sebagai guru pembimbing anda..”

“Assalamualaikum semua. Saya Cikgu Putri. Okey, saya nak terangkan serba sedikit tentang Kem yang kamu semua akan ikuti...”

Semua pelajar terdiam tanda memberi fokus.

“Kem yang kamu semua akan pergi adalah Kem Rimup anjuran Kementerian Pelajaran dan Kem ini akan diadakan di Kuantan selama tiga hari dua malam,bermula 22 sehingga 24 hari bulan ini. Harap kamu semua bersedia fizikal dan mental. Dan segala keperluan yang kamu semua perlu bawa akan saya dah lampirkan dalam surat kebenaran ibu bapa.”

“Okey,semua boleh bersurai. Harap semua bersedia..”Cikgu Ruzaimi menamatkan perjumpaan antara kami dan pelajar-pelajar tersebut.

**************************************************************************

Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 9.00 pagi dan tepat jam 1.00 petang kami sampai di Taman Pertanian Sultan Ahmad Shah yang terletak kira-kira 3 kilometer dari Bandar Kuantan. Tempat dimana Kem Rimup ini diadakan. Kem yang melibatkan 10 buah sekolah yang terlibat dari seluruh Semenanjung Malaysia.

“Okey..semua..setiap pelajar akan diasingkan...pelajar wanita ke tapak perkhemahan wanita dan pelajar lelaki sebaliknya ke tapak perkhemahan lelaki..semua boleh bersurai ke tapak masing-masing dan jangan lupa kita akan berkumpul pada jam 4 petang untuk sesi ice-breaking dan minum petang...”terang Cikgu Ruzaimi kepada para pelajar kami.

“Okey..Cikgu Putri. Kita jumpa jam 4 nanti. Saya nak berkemas dulu..”

“Okey..jumpa nanti..”balasku lalu kami beredar ke tempat penginapan guru pembimbing.

Sedang aku berjalan menuju ke bilik. Tiba-tiba satu suara memanggil aku dari arah belakang.

“Cik,ni cik punya kan?. Saya terjumpa. Mungkin awak tercicir kot masa cik nak bergegas ke bilik..”lelaki itu menghulurkan gelang kaki aku yang tadinya telah tercicir.

“Terima kasih ya...”.aku terus berlalu pergi. Entah kenapa jantung aku berdegup kencang saat lelaki itu datang ke arah aku. Pelik dan aneh aku rasakan.

“Ah,biarkan jela...kenapa nak fikir sangat. Baik aku bersiap-siap ke tapak dataran. Mesti Cikgu Ruzaimi dah tunggu...”bisiknya di dalam hati.

Sesi ice-breaking pada hari pertama sudah sampai ke penghujungnya. Semua kelihatan mengantuk. Aku yang sedari tadi menahan kepenatan akhirnya dapat juga aku melelapkan mata. Selamat malam semuanya.

************************************************************************

“Assalamualaikum,maaf,awakkan yang jumpa gelang kaki saya semalam tu?”.aku menegur pemuda yang telah menemukan gelang kaki aku semalam.

“Waalaikumusalam,ya saya...”.balas pemuda itu sambil menganggukkan kepalanya.

“Saya Putri. Putri Farisha...”gagap aku bersuara sambil menghulurkan salam.

“Saya Iskandar Zulkarnain tapi Cik boleh panggil saya Nine...”.balas pemuda tersebut sambil mengukir senyuman ke arahku.

“Ooo...by the way tak payahlah bercik-cik dengan saya. Panggil Putri cukup...”

Senyum pemuda itu sambil bertanya kepada aku. “ Putri buat apa kat sini?. Asal sini ke?”

“Eh,taklah,saya asal k.l. Saya datang sini untuk kem kepimpinan pelajar..”

“Owh.. i see. Cikgu la ni...?”

“Ak’ah..Nine pula buat apa kat sini?. Asal mana?”

“Saya sekarang sedang buat research kat sini. Asal Kedah...”

“Owh..takpa la ya Nine. Putri kena pergi dulu ni. Nanti kalau ada kesempatan kita jumpa lagi ya..”

“Putri ada no telefon?....”.tanya Nine tergagap-gagap

Aku memandang Iskandar Zulkarnain dengan penuh hairan. Sebelum berlalu pergi aku memberikan nombor telefonku kepada Iskandar Zulkarnain dan begitu sebaliknya.

“Okey pelajar semua. Malam ni akan diadakan malam kebudayaan. Jadi saya nak kamu semua fikirkan idea yang paling bernas dan persembahan yang paling kreatif untuk kamu semua persembahkan pada malam ni...”. ujarku.

“Cikgu,saya rasa,apa kata kalau kita buat tarian muhibah. Kita pelbagaikan tarian kaum. Baru satu Malaysia cikgu...”.cadang salah seorang pelajar.

“Bagus juga idea kamu tu. Okey sekarang saya nak kamu semua buat persiapan. Dan jumpa saya semula 2 jam sebelum malam kebudayaan.. Boleh semua??....”

“Boleh......”teriak para pelajar penuh semangat.

Malam Kebudayaan berakhir dengan penuh gemilangnya.

***************************************************************************

Hari ini merupakan hari terakhir Kem Rimup. Setelah selesai berkemas kami semua bertolak balik ke Kuala Lumpur .

“Putri,boleh tak Nine nak kenal dengan Putri lebih rapat lagi?”.aku terima mesej dari Nine.

“Saya okey je kalau awak ikhlas nak kenal dan berkawan dengan saya..”.balasku.

Sejak dari hari itu,kami berdua menjadi rapat. Setiap hari ada sahaja aku menerima pesanan ringkas dari Nine. Paling tidak pun Nine akan call aku pada waktu lunch. Aku berasa semakin serasi bersama Nine. Mungkin disebabkan jarak kami yang begitu jauh telah membuatkan kami saling merindu antara satu sama lain. Manakan tidak seorang di Kedah dan seorang lagi di Kuala Lumpur. Perkenalan kami pada permulaannya hanya sekadar kawan. Lama-kelamaan perasaan itu muncul. Nine telah melamar aku untuk menjadi kekasihnya. Dan inilah kali pertamanya aku merasakan cinta. Tidak terkata betapa aku gembiranya saat ini. Saat aku merasakan cinta seorang lelaki yang benar-benar aku sayang. Lelaki yang telah memberikan aku satu kekuatan cinta dan memberi aku merasakan nikmat cinta sebenar. Biarpun jarak usia kami berbeza,Nine 2 tahun lebih muda dari aku namun aku tak kisah kerana bagiku cinta itu tidak mengenal usia. Cinta lahir dari hati yang tulus. Betapa aku sayangnya cinta yang telah Nine berikan kepadaku.

“Putri,esok Nine nak turun k.l. Nine nak jumpa Putri. Nine rindu Putri sayang...”.

“Okey Nine. Putri tunggu Nine datang...”

Hari ini terjaga saja aku dari tidurku,aku merasa berdebar dan seperti tidak sabar menantikan kehadiran insan yang aku cintai.

“Akhirnya,dapat juga Nine jumpa Putri. Nine rindu sayang...”. lalu mengucup tanganku.

“Putri pun..Putri rindu sangat-sangat..”balasku.

“Putri,Nine nak Putri tahu. Putrilah cinta hati Nine. Nine nak kita ada ikatan...”

“Maksud Nine?..”Tanyaku penuh kehairanan.

“Nine nak kita kahwin..”

“Hah!!..”terkedu aku saat ini.

Dalam nada yang gagap “Nine,Putri akan terima lamaran Nine tapi bukan dengan cara ni,kalau Nine betul-betul sayangkan Putri,Nine bawa family Nine datang berjumpa dengan family Putri...”

I will sayang..i will...”balas Nine penuh semangat.

Seminggu selepas itu,Nine dan keluarganya datang untuk melamar aku sebagai suri di hati Nine. Ya Tuhan,inilah cinta. Kau temukan insan yang benar-benar membuatkan aku merasa kebahagian. Betapa aku cinta mati saat ini. Gembira tidak terkata.

************************************************************************

Suasana di perkarangan rumah Dato’ Shaharuddin sangat riuh-rendah dengan kehadiran tetamu yang dijemput. Segala persiapan untuk majlis perkahwinan Putri Farisha dan Iskandar Zulkarnain berjalan dengan baik sekali. Sedang itu,Putri masih lagi di dalam kamarnya. Sibuk tangan mak andam menghiasi wajah Putri sambil memberikan dandanan yang terbaik buatnya. Saat inilah yang menjadi penantiannya selama ini. Saat dia disatukan dengan lelaki yang dia cintai.

“Okey,semua dah siapkan. Kejap lagi sampai la pengantin lelakinya..”.bicara Datin Zariah.

“Mama..Putri nervous la..”.kata Putri kepada mamanya.

“Biasa la tu...mama dulu pun macam tu juga...”

Kelihatan seorang lelaki sedang berbincang sesuatu dengan Dato’ Shaharuddin. Kemudian lelaki itu menyusuri Dato’ Shararuddin memasuki kamar Putri.

“Kenapa papa?”.soal Putri. Belum sempat Dato’ Shaharuddin berbicara,lelaki yang sedari tadi berada disebelahnya menghulurkan sepucuk surat kepada Putri Farisha.

Putri....

Maafkan Nine. Maafkan Nine pergi meninggalkan Putri saat kita harus diijabkabulkan. Bukan niat Nine nak sakitkan hati Putri. Apatah lagi kecewakan satu-satunya wanita yang Nine sayang. Nine buat semua ini kerana Nine harus bertanggung atas semua perkara yang telah Nine lakukan. Mungkin inilah balasan-Nya pada Nine.Andai inilah takdirnya Nine harus pergi meninggalkan orang yang benar-benar Nine cintai. Nine redha. Putri maafkan Nine sepanjang perkenalan ini Nine tidak pernah jujur dengan Putri. Nine takut nak bagi tahu Putri. Tak sanggup Nine nak hancurkan hati Putri. Putri,saat ini biarlah Nine jujur semuanya. Nine dah terlanjur dengan seseorang masa kita bertunang dulu. Dan sekarang,wanita itu hamil. Hamil anak Nine. Darah daging Nine. Nine harus bertanggungjawab atas semua itu. Andainya saat Putri baca surat ini,Putri sudah anggap Nine tiada lagi di dunia ini,Nine redha. Tapi, percayalah Putri kasih sayang yang Nine bagi kat Putri sepanjang perkenalan kita benar-benar tulus dari hati Nine. Maafkanlah segala kekhilafan seorang insan yang bernama Iskandar Zulkarnain.

Ya Tuhan,betapa tergurisnya hati aku saat ini. Insan yang aku sayang kini pergi meninggalkan aku sendirian di sini. Apakah dosa aku sehingga aku harus lalui segala keperitan ini. Aku hanyalah seorang insan yang lemah. Kenapa semua ini harus terjadi di saat aku telah mengecapi nikmat kebahagiaan dalam percintaan. Ya Tuhan andai inilah jalan yang harus aku terima. Aku relakan semuanya. Kau kuatkanlah hati hamba-Mu ini untuk menempuhi segala keperitan ini. Akan aku telan pahit manisnya. Akan aku selitkan kebahagiaan dalam perpisahan ini. Pasrahkanlah segalanya.

***************************************************************************

“Putri..betul ke tindakan Putri ini..?”.soal Datin Zariah dalam kesedihan.

“Ya mama. Putri dah fikir semuanya. Putri nak sambung belajar..”

“Putri.....”.mati akal Datin Zariah memujuk putrid supaya tidak pergi meninggalkannya.

“Mama,tak ada gunanya lagi kalau Putri terus ada kat sini. Semuanya akan buat Putri sedih ma..”

“Zariah,biarkanlah Putri pergi andai itu terbaik buat dia...”.sampuk Dato’ Shaharuddin.

“tapi abang...”

“Biarlah,nanti Putri balik juga kan. Kita doakan kebahagian dia. Kita bagi dia semangat untuk kejayaan dia di masa hadapan..”.Dato’ Shaharuddin cuba menenangkan Datin Zariah.

Sebulan kemudian Putri berangkat ke London untuk menyambungkan pelajarannya dalam Master in English Literature di Univercity of London. Bermulanya kehidupan baru Putri Farisha di Kota London sebagai seorang pelajar.

***************************************************************************

Kini,setelah dua tahun berada di kota London Putri Farisha pulang ke tanah air tercinta. Betapa rindunya dia. Pulang jua akhirnya Putri Farisha disamping keluarga yang sentiasa menunggu akan kepulangannya. Setelah sebulan berada di Malaysia, kini Putri kembali lagi memjadi seorang guru di sekolah barunya. Kini perkhidmatannya di tukarkan ke SMK Pandan Indah. Bermulalah tugasnya sebagai seorang guru.

***************************************************************************

“Hari ini Putri temankan papa ke majlis makan malam rumah Dato’ Hassan ya..”

“Baik papa....”

Suasana dirumah Dato’ Hassan sangat riuh-rendah. Aku hanya duduk ditepi kolam renang milik Dato’ Hassan. Bukan aku tak mahu bergaul dengan para tetamu tapi seorang pun dari mereka aku tak kenal. Tiba-tiba aku ditegur oleh seseorang dari arah belakang.

“Cik,boleh saya temankan cik kat sini...”soal pemuda itu.

Aku memalingkan tubuhku. Seraya dengan itu kami tersentap.

“Nine!!...”.

“Putri..”.Nine menghampiri aku. Namun aku tidak berganjak dari situ. Tubuhku masih kaku.

“Putri,betapa Nine rindunya dekat Putri. Nine cari Putri lepas semua kejadian tu...”

“Sudahlah Nine,baik Nine pergi dari sini. Tak manis Nine kalau orang tengok. Nine suami orang. Nanti apa pula isteri Nine cakap...”balasku gagap.

“Putri..”.Nine menundukkan kepala.”Isteri Nine dah meninggal saat dia melahirkan anak kami”.sambungnya lagi.

“Sejak dari hari itu,Ninelah yang jaga anak kami.Nine cari Putri.Tapi,Nine dapat tahu Putri dah tak ada kat Malaysia.Tak ada siapa pun bagi tahu Nine Putri ke mana. Nine sangat berharap Nine dapat jumpa puteri balik. Nine nak cinta Putri semula”.kata Nine dalam sedih.

“tapi Nine,hati Putri sakit Nine..sakit sangat. Tega Nine buat semua tu..”

“Putri,maafkan Nine. Nine nak Putri tahu sehingga saat ini pun hanya Putri dihati Nine. Hanya Putri yang Nine nantikan untuk jadi suri dihati Nine....”

Belum sempat aku berbicara. Papa dan Dato’ Hassan datang menghampiri kami.

“Putri..Maafkan papa. Ni semua idea papa dan Dato’ Hassan. Dato’ Hassan ni ayah sedara Nine. Kami buat semua ini sebab kami nak satu kan Putri dan Nine....”

“Papa...”balasku.

“Putri,papa tahu..kamu berdua masih saling mencintai. Relakan semua yang berlaku ya nak. Maafkanlah Nine. Mungkin saat itu,Nine pun berada dalam tekanan...”

“Maafkanlah Nine ya Putri,sejak isterinya tiada,Nine banyak menghabiskan masa dia dan anak dia kat rumah Uncle ni...”ujar Dato’ Hassan.

Sebulan selepas itu Putri dan Nine melangsungkan perkahwinan mereka.

“Putri,terima kasih sudi terima Nine kembali dalam hidup Putri. Nine tak akan sia-siakan Putri. Itu janji Nine pada Putri. Nine akan jaga Putri sampai nafas Nine yang terakhir..”

Thank sayang. Only you in my heart till the end of my life..”

Nine mengucupku. Dakapan Nine membuatkan aku terbuai. Malam itu,menjadi malam terindah buat kami.

Kini,berbahagialah Putri Farisha disamping Iskandar Zulkarnain. Mereka sama-sama mengecapi kenikmatan hidup dan membesarkan anak Nine,Adam Fazdli bersama-sama.

-TAMAT-

Hak cipta terpelihara 11 Julai 2011

Qarl Qhairiey

4 comments:

  1. wahhhh, happy ending...heheh BL tak abis bace lg neyh...insyaAllah t bl singgah lagi kayhh (n_n)v

    ReplyDelete
  2. if u could wish like dat for me dear.. urmm.. thanx qq sebab jadikan kisah ku dengan nye :')
    really2 sweet :)

    ReplyDelete

Chat Room...