Kau Sahabat,Kau Teman !!

Like Me !!

silalah klik ...

Global Promotion Alliance

Di Atas Sejadah Cinta Full Story

Alhamdulillah. Kini penantian yang aku nanti-nantikan sudah sampai ke penghujungnya. Hari ini merupakan hari yang sangat bermakna bagi aku. Segala usaha dan penat lelah yang telah aku lalui selama ini sebagai seorang pelajar akan aku tinggalkan. Hari ini hari aku, hari aku menerima segulung Ijazah Kejuruteraan. Mak,Abah,Adam dah Berjaya!!. Terima kasih Mak,Abah yang telah banyak memberi semangat dan dorongan untuk Adam teruskan usaha Adam. Adam sayang semuanya.

“Adam...Adam,dah bersiap ke belum?”.pintu bilik aku diketuk oleh mak.

“Ya mak..Adam tengah pakai baju ni mak..nanti dah siap Adam keluar ya..”

“Adam turun cepat ya. Abah dah tunggu tu. Kita sarapan dulu.”

“Okey mak, nanti Adam turun”.

Selesai bersiap aku bergegas turun ke bawah untuk bersarapan.

“Haa,turun pun anak sulung Abah ni. Gembira hari ni Abah tengok Adam..”

“hehe..mana ada Abah. Adam Cuma excited je nak ke konvo arini..”

“Adam,ni lah saat yang Adam nantikan.. Abah dan Mak turut gembira nak”

“Terima kasih Abah,Mak..”

“Hai,dua beranak ni kalau berjumpa bukan nak makan dulu. Bercakap pula. Kalau tak makan macam mana perut tu nak kenyang. Masuk angin pula nanti..”

“Hai..awak ni Zarina,saya cakap pun salah..tak cakap pun salah.. Saya nak makan la ni tapi saya nak tunggu Adam. Saya nak sarapan dengan dia..”

“Saya tau la tu En. Ahmad Kushairi. Nanti kalau awak sakit sape juga yang jaga. Saya juga kan...”

“hahaha..macam-macamlah mak dengan abah ni. Mak duduk la sini,kita makan sama-sama. Nanti nak gerak da...”

Mak melabuhkan punggungnya duduk di tepi abah.

“Owh ya..Adik mana mak?”

“Adik kamu tu macam biasa la bukan nak tunggu orang kalau makan. Dah sudah makan apa lagi sibuk dengan komputer dia la..”

“Ryan..oooo..Ryan...”.

“Ya abang...kenapa?”

“Adik tak nak makan sekali dengan abang ke?”

“Adik dah makan la abang. Adik tunggu abang bersiap lambat sangat. Adik makan la dulu tadi..”

Aku mengukirkan senyuman ke arah adikku.

“Gembira pula mak tengok anak-anak mak dah berjaya. Adam dah nak jadi engineer pun lepas ni. Shah Adrian pula dah kerja. Senang hati mak tengok anak-anak mak..”

“Mak..dah tiba masa Adam dan Ryan balas budi mak dengan abah yang selama ni dah banyak berkorban untuk kami..”.

“Awak ni Rina..Dia orang dah besar pun. Tak lama dah boleh kahwin...Adam dengan Ryan dah boleh bina kehidupan dia orang. Selagi kita ada ni kita kena lah bagi semangat kat mereka tu...”

Selesai bersarapan kami sekeluarga pun bertolak ke Majlis Konvokesyen aku di Terengganu.

***************************************************************************

Aku meletakkan kenderaan aku di perkarangan tempat letak kereta untuk siswa/siswi yang akan bergraduasi pada hari ini. Keadaan Taman Tamadun Islam terus aku hayati sebaik sahaja aku keluar dari kereta. Lama sudah rasanya aku tidak bersiar-siar kat sini. Teringat saat aku dan rakan-rakan aku semasa kami menjadi pelajar dulu. Di sinilah tempat kami bersiar-siar. Betapa rindunya aku saat ini. Sedang itu,mata aku mencari kelibat-kelibat rakan-rakan aku. Dimanakah korang sekarang. Aku rindu semua. Husna.Maria,Aina,Liza,Rina,Ayu, Afiqah,Ecka,Mis dan satu-satu teman baik aku Jerry. Itulah nama-nama mereka yang bermain di fikiran aku saat ini. Aku rindu korang.

“Tutt..Tuttt”.deringan telefon bimbitku membuatkan khayalan aku hanyut.

“Adam..Ko kat mana? Ko da sampai TTI belum? Aku dan kawan-kawan lain tunggu kat cruise ni..”.aku membaca mesej yang telah aku terima.

“Jerry...”.bisik aku..

“Mak..Abah,masuk dalam dulu. Adam nak pergi jumpa kawan-kawan Adam kejap ya. Ryan bawa masuk mak dengan abah ya..”

“Baik abang..”

Aku meluru ke arah tempat yang telah dinyatakan oleh Jerry tadi.

“Hoi..korang..Aku rindu gila kat korang semua. Korang apa khabar. Makin sihat aku tengok”

“Alah ko cakap kat kita orang yang ko tuh makin berseri aku tengok. Dah ada orang baru ke?”. Seloroh Husna dengan riak muka yang mengejek..

“Huih..mana ada. Aku macam ni lah still single..”

“Yelah tuh.. Dulu bagai nak gila cinta mati ngan Mia kan”. Sampuk Ayu.

“Hish,korang ni dah-dah la..cerita lama itu. Kesian si Adam ni...”.balas Jerry.

“Hah,yang kau ni kenapa pula Jerry? Nak sangat back-up si Adam tu. Ko tu jangan cakap kat orang. Yang ko tu sampai bila nak single je. Cari-carilah teman jangan asyik nak berskandal je..”seloroh Aina.

Semua yang ada kat situ ketawa ke arah Jerry.

“Dah..Dah..kita ni kalau jumpa,kalau tak bergaduh tak sah kan. Kalau asyik berborak je entah bila kita nak masuk kat dalam dewan. Hari ni hari bersejarah kita. Dah jom masuk..”.kak maria bersuara.

“Amboi akak,sejak-sejak berada disamping abang tersayang ni makin dewasa nampak”. Seloroh aku..

“Yela Adam..orang happy kan..”. balas kak maria.

“Alah akak,tu gaduh-gaduh manja namanya. Lama kan kita tak berjumpa..”.balas Afiqah.

“Dah tu,sekarang ni kita nak masuk dalam ke atau kita nak makan dulu?”.tanya Ecka.

“Amboi ko ni ambil Ijazah pun belum lagi.sibuk pula nak makan. Tak ubah-ubah ko ya. Kuat makan lagi rupanya..”. balas Liza.

“Okey semua..jom kita masuk dalam ya..”.ajak Mis.

“Okey..Okey...tapi aku nak jalan dengan Rina. Rindu la kat Rina..haha..”.balas aku.

Kami terus menuju masuk ke dalam dewan. Aku berjalan seiringan dengan Rina.

“Ko Nampak lain sekarang..”Rina bersuara..

“Haha..Aku biasa je..Ko pun apa kurangnya. Makin cantik,bertuah Arief dapat ko kan”.

Kami sama-sama ketawa.

***************************************************************************

“Hello Adam...Adam busy tak hari ni..Farah ingat nak ajak Adam lunch sama-sama”

“Hari ni Adam tak sibuk sangat. Okey kalau macam tu Adam amik Farah kat office ya..”

“Okey,Farah tunggu tau..love u..”

“love you too honey....”talian tefeon terus aku putuskan lalu menyambung semula kerja.

Seperti kebiasaanya,Coffee Street akan menjadi tempat favourite untuk aku dan Farah keluar makan bersama. Menu utama akan menjadi pilihan santapan. Char Kueh Tiaw,Mee Lakna dan Fresh Orange akan menjadi pilihan.

“Adam..sejujur manakah Adam sayang kat Farah..”hampir tersedak aku dengan soalan itu.

“Farah..kan Adam dah cakap..Adam untuk Farah dan Farah untuk Adam..”

“Tapi Adam...”

“Farah..semua takdir adalah ketentuan-Nya. Insya-Allah kita akan bersatu tak lama lagi..”

“Adam,dah setahun Adam kita kenal...”

“Adam tahu tu Farah...Biar masa yang menetukannya ya..”

Perbualan aku dan Farah tadi kini bermain difikiran aku. Sedang aku berkhayalan. Telefon bimbit aku berdering.

“Hello..Assalamualaikum...”

“Waaalaikumusalam..haa,ko Mal..kenapa?”

“Adam aku nak jemput ko ni. 21 hari bulan depan aku bernikah. Ko datang ya..”

“Amboi ko dalam diam dah nak kahwin rupanya...”

“hahhahaha.....”

“okey..okey..kalau tak ada apa-apa aku datang ya...Assalamualaikum..”

“Waalaikumusalam...”

***********************************************************************

“Huih,tahniah kawan...menjadi juga bini ko ya..hahaha..”bisik aku kat Ikhmal Faiz.

“hahaha..tak tidur aku malam ni...”

“ko jangan Mal..naya anak orang nanti..”

“hahahaha...”..kami sama-sama ketawa..

“ko datang ngan siapa Adam?”

“Aku datang dengan awek aku..”mata aku melilau mencari Farah.

“ko cari sape?”

“Awek aku Mal..”

“Assalamualaikum....”.tiba-tiba suara seorang perempuan kedengaran dibelakang aku.

“Eh,Mia...Lama kita tak jumpakan. Datang juga ko kat kenduri aku ni...”

Aku masih lagi kaku. Aku hanya membiarkan Ikhmal dengan dia berborak.

“Mestila aku datang..ko kan kawan aku...”

“ko datang dengan sape ni..takkan sorang kot..”

“Sorang je Mal. Aku single lagi...”

“Owh..hoi..Adam..Ko dah tak kenal ke.. Mia la tu..”bisik Ikhmal Faiz.

“Hai..Mia apa khabar?”

“Mia baik je Adam..tak lebih tak kurang..”Mia tersenyum ke arahku.

Sejak itu aku kerap keluar bersama Mia.

************************************************************************

“Mia..Mia ingat lagi tak semua janji-janji kita dulu?”

“Mia ingat Adam. Mia tak pernah lupa. Saat Adam tinggalkan Mia,Mia harap sangat dapat jumpa Adam lagi. Tapi Adam dah ada Farah dalam hidup adam kan..”

“Mia..tapi Adam rasa perasaan Adam tak sama macam mana perasaan Adam masa bersama Mia dulu...”

“Adam kenapa Adam cakap macam tu..Farah ada untuk Adam kan..”

“Ya Mia. Adam tahu tu. Tapi Mia lain,Farah lain.. Adam harap sangat Mia bagi Adam satu lagi peluang untuk Adam tebus kesalahan Adam pergi meninggalkan Mia dulu. Please Mia”

“Adam. Mia boleh bagi Adam peluang kedua. Tapi Mia juga tak nak sakitkan hati Farah. Mia tak nak Farah cakap Mia rampas Adam dari dia...”

“Mia. Mia dengar cakap Adam ya. Selagi Mia bagi Adam peluang. Adam akan terangkan semuanya dekat Farah..”

“Mia tunggu Adam datang jemput Mia...Selamat tinggal Adam...”

Mia terus berlalu pergi meninggalkan aku. Saat ini aku rasakan bagai diriku dihimpit perasaan kekesalan. Kekesalan yang harus aku tanggung di atas kesalahan yang telah aku lakukan.

“Farah. I need to talk with you..

What is so important sangat ni Adam...”

“Farah. Adam nak kita putus..”

“Apa??. Senangnya Adam cakap. Adam tahu tak selama ini Adamlah satu-satunya orang yang Farah nantikan..”

“Farah.....”

“Apa..apa lagi Adam nak cakap...sakit hati ini Adam. Sakit sangat...”

“Farah,Adam kena jujur dengan perasaan Adam sendiri..”

“Jujur Adam cakap? Kejujuran Adam ni menghancurkan hati Farah. Tau tak..”

“Adam tahu selama ini Farah memang untuk Adam. Adam sangat hargai Farah. Tapi Farah, Adam tak boleh nak sayang kat Farah macam mana Adam sayang kat Mia. Mia cinta pertama Adam..”

“Adam...kalau itulah kejujuran Adam buat untuk Farah. Thank you my dear. Farah hargai kejujuran Adam. Mulai saat ini,Farah tak kan ada lagi untuk Adam. Lupakan segala kenagan Mikhail Adam dengan Farah Diana. Selamat tinggal Adam..”

“Farah sekali lagi Adam minta maaf andai selama perkenalan,inilah kali pertama Adam buat Farah menangis. Maafkan Adam Farah...maafkan Adam...”

Kesedihan malam ini akan aku pahatkan dalam memori ingatan ku. Kini, Farah Diana tiada lagi buat Mikhail Adam. Maafkan segala khilafku ini. Bukan niatku untuk minta jadinya begini. Tapi inilah hakikat yang harus kita tempuhi. Kita bukan ditakdirkan untuk bersama. Adam doakan agar Farah bertemu dengan orang yang betul-betul akan jadi hak Farah. Milik Farah selamanya. Segala ketentuan hanya Dia yang tahu. Sudah tertulis di Luh Mahfuz sejak azali lagi. Ikhlas dalam menerima segala Qada dan Qadar yang Maha Esa.

“Mak. Abah doakan Adam ya. Adam akan balik bila Adam selesai tugas kat Qatar nanti”

“Jaga diri baik-baik ya nak...”

“Ryan..Ryan jaga mak dan abah baik-baik ya. Jaga macam mana dorang jaga kita dulu”

“Adam pergi dulu ya. Mak,abah..Ryan abang gerak dulu. Ingat pesan abang..”

Kesedihan menyelubungi suasana di KLIA.

**********************************************************************

Setelah 3 bulan aku ditugaskan di Qatar. Kini aku kembali ke tanah air yang tercinta.

“hah...rindunya aku kat Malaysia...”.bisik hati aku.

“Hello Adam. Ko tunggu kat depan ya. Nanti aku sampai..”.bicara Ikhmal setelah aku mengangkat panggilannya.

“Okey..ko naik kereta apa?”

“BMW warna hitam...”.

“Okey aku tunggu ni...”.aku memutuskan talian telefon Ikhmal Faiz.

Tidak sampai lima minit. Kelihatan sebuah BMW 5 series meluncur masuk ke perkarangan KLIA.

“Assalamualaikum Adam...”

“Waaalaikumusalam..aik,Mia?..mana Ikhmal?..”.tanyaku hairan.

“Mal bawa wife dia ke hospital. Scan pregnancy...”

“oooo...”

“So sekarang ni,Adam nak pergi jumpa Mal or terus nak balik rumah. Nanti Mia hantar”

“Erm...Adam nak makan dulu la. Lapar pula rasanya..”

“Okey kalau macam tu kita pergi makan dulu ya...”

*************************************************************************

“Mia..hari ini..saat ini..Adam tak nak kehilangan Mia lagi. Adam tak kan tinggalkan Mia. Itu janji Adam...”

“Adam....”.

“Mulai saat ini,saya Mikhail Adam ingin melamar Mia Zahra Dato’ Emran sebagai suri di hati saya..sudikah Mia menjadi isteri Adam?”

“Adam...dah lama Mia nantikan saat ini..saat Mikhail Adam melafazkan cinta buat Mia Zahra”

“Adam sayang Mia melebihi apa yang Adam ada. Sayang Mia selamanya...”

“Mia pun...”

Hari ini merupakan hari yang sangat bermakna buat aku. Penantian yang aku tunggu-tunggu selama ni akhirnya tiba juga. Aku menyembah syukur kepada-MU ya Tuhan. Kau tautkan cinta dihati kami. Penyatuan dua hati menjadi satu rasa cinta. Di Atas sejadah Cinta Mikhail Adam akhirnya Mia Zahra menjadi milik Adam buat selamanya.

“Tahniah Adam...Akhirnya milik ko juga..”bisik Ikhmal Faiz.

“Thank you Mal. Aku nak gi jumpa kawan-kawan aku kejap ya..”

“Thank korang sudi datang majlis aku..terharu aku..”

“Sama-sama Adam. Kan Mia dah jadi hak kau sekarang. Mesti gembira kan..”ucap Husna.

“hahhahah....”kami sama-sama ketawa.

*******************************************************************************************

“Mia. Thank sudi hadir dalam hidup Adam..”

“Mia juga Adam..”

“Selagi cinta Mia Zahra berada Di Atas Sejadah Cinta Mikhail Adam. Selagi itulah cinta Mikhail Adam tak kan hilang buat Mia Zahra selamanya...”

Senyuman Mia Zahra membuatkan jiwa aku bergelora. Satu kucupan buat Mia Zahra telah membuatkan malam kami semakin Indah. Pelayaran malam yang semakin tulus bersemi. Dua Hati menjadi satu rasa cinta abadi.

-TAMAT-

-hak cipta terpelihara-QarlQhairiey-9 Julai 2011-


No comments:

Post a Comment

Chat Room...