Kau Sahabat,Kau Teman !!

Like Me !!

silalah klik ...

Global Promotion Alliance

Di saat aku mencintaimu Full Story

Hari ni hujan turun dengan begitu lebat sekali. Airnya turun mencurah-curah membasahi bumi. Keadaan sekeliling menjadi kabur namun ku gagahkan diri aku untuk memandu kereta menuju ke bazaar yang terletak tidak begitu jauh dari jalanraya yang aku lalui sekarang. Sedang aku memandu,aku sangat berharap agar hujan menjadi renyai agar aku dapat membeli makanan untuk berbuka puasa nanti. Kereta terus ku pandu menuju ke perkarangan tempat parking masjid. Sedang aku mencari parking,dengan izin yang maha esa,hujan yang sedari tadi lebat kini menjadi renyai. “Alhamdulillah”.bisik hati kecilku. Aku terus mencapai payung yang terletak ditempat duduk belakang dan bergegas keluar dari kereta ku menuju ke perkarangan bazaar. Seperti kebiasaannya,begitu banyak juadah yang disediakan oleh peniaga-peniaga di bazaar tersebut sehinggakan aku kelabu mata untuk memilih yang mana satu harus menjadi santapanku berbuka nanti. Aku seperti sebelumnya hanya menjadi pemerhati dulu sebelum aku memilih untuk membeli makanan. Aku berjalan dan terus berjalan. Sedang mata aku asyik memerhatikan gelagat mak cik yang menjual nasi ayam penyek, bahu aku dilanggar oleh seseorang.

“Cis,tak guna punya orang!. Aku yang sebesar ni pun dia tak nampak ke’’.bisik hati kecilku.

Seraya dengan itu aku berasa panas dan rasa nak menumbuk je muka budak tu tapi niat aku terhenti sebaik aku berpaling ke arahnya.

“Eh,ko Ikhmal?. Aku ingatkan sape. Aku nak tumbuk dah tadi. Panas der tetibe ade orang langgar aku. ’’.

“Ah,pulak. Ape la ko ni,tak sabar langsung. Baran je kejenya. Bulan puasa ni kita kena banyak bersabar kawan’’.

“Takde la,da tetibe je ada orang langgar aku..mane la aku tak baran. Eh,ko camne sekarang? Buat apa ? ”.

Aku terus menghulurkan tangan kepada Ikhmal Faiz untuk bersalaman. Sedang tangan kami berjabat. Mata aku terpana pada seorang gadis yang berada tidak jauh di belakangnya. Aku kaku. Hati aku bagaikan berdegup kencang. Jiwa aku bergelora. Satu perasaan yang tidak dapat aku gambarkan saat ini. Perwatakannya simple saja. Berseluar jeans biru,berbaju putih dan bertudung hitam. Ringkas dan bersahaja pemakaiannya. Hati aku terpaut melihat kemanisan wajah ayunya ketika ini. Aku ingin tahu siapakah gadis itu.

“Woi,ko tengok sape tu?.Ko dengar ke tak aku cakap tadi?”.suara Ikhmal itu menyadarkan aku dari lamunan.

“Hah,apa dia? Ko cakap apa tadi?”.

“Adoi,ko ni..aku cakap,aku okey je..sekarang aku dah jadi student balik,aku masuk form 6”

“Owh....Wei,awek mane ko bawak tu?. Awek ko ke? ”

“Aku dah agak dah,mesti ko pandang dia tadi kan?sebab tu ko tak dengar apa aku cakap tadi. Adam,Adam...takda la..dia kawan aku,budak satu kelas ngan aku. Kami satu sekolah”.

“owh,dia da ada boy ke?”

Ikhmal Faiz memandangku dengan riak muka yang pelik.

“Kenapa ko pandang aku cam tu”

“Aku da agak da”.Ikhmal membisu seketika.

“Takpe..takpe..nanti aku bagi no telefon dia kat ko ya. Aku dapat baca hati ko tu ”.sambung Ikhmal Faiz lagi lalu terus beredar meninggalkan aku.

Aku tidak lagi dapat menangkap apakah maksud kata-kata Ikhmal Faiz tadi.

“Ah,lupakan jela. Baik aku cari makanan dulu. Jam pun dah pukul 6.30 petang. Tak lama dah nak berbuka ni ”.cakap aku sendirian.

****************************************************************************

Selesai menunaikan solat maghrib,aku melabuhkan tubuhku di atas katil. Sedang aku leka memikirkan gadis yang aku temui tadi,telefon aku berdering.

“Assalamualaikum..hah,kenapa tetiba telefon aku ni,ada urgent ke?”.aku memulakan perbualan sebaik saja aku mengangkat panggilan telefon dari Ikhmal Faiz.

“Waalaikumusalam..Amboi,tanya macam aku dah tak boleh nak telefon kawan sendiri”

“Takde la..tetibe je telefon aku..Nape nak ajak aku solat terawih kat masjid besar ke?” seloroh aku.

“Haa,boleh jugak tu,banyak sikit pahala nantikan.Sape tau hidup diberkati”.

“Amboi,ko sindir ke apa ni?.”

“Ok,ok..Ni aku nak tanya ko,pehal ko tanya dak pompuan tu da ada boy ke belum?”

“Ntah la Mal..Aku tak tahu nape perasaan aku lain bila aku tengok dia.Aku rasa aku nak kenal dia lagi dekat”

“Aik,ko ni lain macam je bunyi...Dah jatuh hati ke kawan??”

“ko ni,seyes r...Aku betul-betul ni.”

“Ok,ok..ko nak aku buat apa sekarang ni?”

“Ko ni memang tak faham atau ko buat-buat tak faham?”

“Hahaha..Relaks la kawan..Sikit emo..Sak laki la camni..Ok sekarang aku tolong ko. Aku bagi kat ko no. telefon dia then pandai-pandai la ya ko mengayat dia”

“Hah,aku?. Wei,malu la..”

“Yang ko ni nak malu pehal pulak.Cakap laki takkan malu. Gentleman la sikit,kalau tak, camne ko nak tackle dia..Adam,Adam..”

Aku terdiam seketika.

“Hoi,yang ko ni diam pehal pulak.Kalau ya pun terkejut jangan la sampai jadi bisu. Ok la nanti pape hal ko mesej aku. Aku pun nak bersiap nak gi terawih ni, tok imam dah tunggu aku tuh,hahahha”.

“Ok nanti aku bagi tau ko..erm...Mal thank you ya..”

Aku mematikan panggilan telefon. Aku melihat mesej yang dihantar oleh Ikhmal Faiz sebentar tadi.

Business card :

Name : Mia Zahra

Telephone no. : 019-3544538

Sejak dari itu,aku berkenalan dengan Mia Zahra. Perkenalan kami begitu rapat dan aku merasakan aku sangat selesa bila bersama dia. Perasaan yang aku tak pernah rasa dengan mana-mana perempuan sebelum ini. Mia seorang gadis yang lain dari yang lain. Sangat lain.

*********************************************************************

Hari ni genaplah setahun aku berkenalan dengan Mia Zahra. Setahun yang aku rasa bagaikan seabad lamanya. Entah kenapa aku rasa seperti aku tak nak kehilangan dia buat selama-lamanya. Mia seorang gadis yang sangat baik bagi aku. Tak sanggup rasanya aku nak menyakitkan hati dia. Mia telah banyak membantu aku dalam melakukan perubahan diri. Aku sedar keikhlasan Mia itu telah membuatkan hati aku betul-betul terpaut pada dia. Sepanjang perkenalan ini juga Mia adalah wanita yang pertama memberikan aku hadiah chocolate pada hari lahir aku yang ke-20 semalam. Saat ini aku merasakan aku bagaikan terbang di awangan.

Mia jugalah satu-satunya wanita yang aku memberikan hadiah teddy bear sepanjang perkenalan kami. Sangat indah saat ini,tapi adakah aku benar-benar jujur dengan Mia saat ini, ketika hatinya begitu tulus untuk aku. Haruskah aku berterus terang dengan Mia bahawa aku bukanlah orang suci?. Aku lelaki yang tak layak untuk memiliki cinta seorang wanita yang begitu suci dan tulus hatinya. “Apa yang harus lakukan saat ini ?”.bisik hati kecilku.

“Ah,apa aku nak buat ini?.Haruskah aku jujur dengan dia? ”

“Adakah dia akan terima kenyataan bahawa siapa aku sebenarnya?”

Aku cakap sendirian disudut kamarku yang kelam saat ini.

Aku mencapai telefon bimbit ku untuk menghubungi Ikhmal Faiz. Hanya dialah satu-satu sahabat yang boleh menolong aku saat ini.

Sebaik sahaja telefon diangkat oleh Akhmal.

“Hello,Mal..aku nak cakap sikit nie?”

“Hello kawan,kalau ya pun bagi la salam dulu..kenapa ko ni,ce cite kat aku”

“Ok..ok...Assalamualaikum..wey aku tak tahu nak cakap camne lagi,aku betul-betul tak tahu”

“Cuba relaks dulu..cite la satu-satu kalau ye pun..kalau ko pun tak tahu,aku lagi la tak tahu,adoi..Adam..Adam”

“Tak,camni..Aku tahu selama nie aku gembira sangat bila dengan Mia..Aku tahu dia ikhlas dengan aku tapi...”..

“Hah,dah tuh kenapa??...”

“Tapi aku rasa aku tak layak untuk dia”

“Laa,kenapa pulak nya...bukan ko pun jujur dan ikhlas ke sayang kat dia?”

“Memang la tapi....”

“Apa yang tapi..tapinya lagi...”

“Tapi Mal,aku bukan lelaki yang baik Mal..Ko pun tak tahu life aku camne Mal...”

“Laa,ko adamkan...Mikhail Adam bin Ahmad Kushairi. Seorang student Engineering yang dah nak grad pun...”

“Aduh,ko ni ke situ plak...ye aku tahu tu tapi..life aku sangat sosial mal..Aku ni kaki perempuan Mal,kaki kelab..Boleh ke dia nak damping dengan orang cam aku ni. Aku tak sanggup Mal. Aku kotor..Takkan aku nak cemarkan perempuan baik macam dia Mal..”

“Astarghfirullah hal azim..Adam..Adam...Bawa mengucap Adam..Kenapa ko boleh jadi macam ni?”

“Tengok ko pun terkejut kan Mal,Ni lah aku sekarang..Mesti ko takkan percaya tapi ni lah kenyataan dan realitinya..”

“Tapi Adam,setiap manusia boleh berubah..takkan ko sanggup nak tinggalkan dia sedangkan hati ko hanya untuk dia..Ko da lupa janji dia dulu kat ko”

“Aku tahu Mal tapi...”

“Macam ni lah Adam ko fikir baik-baik..Ko tenangkan diri ko...Banyakkan doa Adam..Aanya Dia yang boleh bantu kita..Dia satu-satunya tempat kita memohon doa dan pertunjuk Adam”

“Thanx Mal.Ko lah sahabat dunia akhirat Mal...”

“Assalamualaikum,ingat Adam!!Banyakkan doa..”

“Waalaikumusalam”...

***********************************************************************************

Langkah kaki aku gagahkan untuk bertemu dengan Mia. Entah kenapa aku rasa berat untuk berhadapan dengan Mia. Saat ini aku relakan semuanya. Jika ini terakhir buat aku bertemu dengan Mia aku redha Ya Tuhan.

“Assalamualaikum Mia...”.aku menegur Mia yang sedari tadi setia menunggu aku di taman.

“Eh,Adam..Waalaikumusalam...”

Aku mengukir senyuman buat Mia.

“Lama kan kita tak jalan-jalan kat taman ni..Jom kita pergi kat pak cik jual cendol tu..”

“Adam nak makan cendol tu ke?..”

“Tak jugak..Adam tanya Mia..Manalah tahu Mia nak makan cendol ke..Adam okey je”

“Tak nak la..By the way,kenapa adam nak sangat jumpa Mia ni?”

Aku terdiam.

“Mia,mia tahu kan Adam sayang Mia sangat-sangat..Walaupun kita belum ada apa-apa ikatan yang sah tapi Adam sayang sangat kat Mia. Kalau boleh adam tak nak kehilangan Mia. Adam tak nak berjauhan dengan Mia...”

“Adam,kenapa adam cakap macam ni?..kan Mia pernah cakap kat adam kalau betul-betul kita ada jodoh Mia sanggup tunggu adam habis belajar tiga tahun ni...”

“Adam tahu Mia..tu janji mia kat adam tapi bagi adam,adam tak sanggup Mia”

“kenapa Adam dah tak sanggup nak tunggu?”

“Mia,bukan macam tu maksud Adam tapi....”

“Tapi apa adam?..Apa??”

“Adam bukan orang suci Mia...Mia tak tahu life Adam macam mana...Adam kaki perempuan Mia..keluar masuk kelab...Layakkah Adam buat Mia..Layakkah Adam??”.

Keadaan menjadi suram seketika..

“Mia,mulai saat ini dan lepas Adam pergi dari sini,Adam nak Mia lupakan adam. Anggap kita tak pernah kenal sebelum ni. Adam akan cuba lupakan Mia”

“Adam sanggupkah Adam buat macam ni”.

“Adam akan cuba Mia,meskipun sakit adam kena kuat..”

“Adam tak sayang ke perkenalan yang telah kita lalui ni”

“Mia,adam sayang semuanya..Adam sayangkan perkenalan ini..Adam sayangkan Mia..tapi Mia,Adam tak sanggup nak cemarkan gadis baik macam Mia..Gadis baik untuk lelaki yang baik...Adam bukan yang terbaik buat Mia”.

“Adam..”

“Mia,Disaat Adam mencintai Mia..Adam nak Mia tahu,Mia lah yang terbaik yang pernah hadir dalam hidup Adam..thank untuk semuanya Mia.Adam hargai semua tu..”

“Adam,terima kasih sebab adam sudi hadir untuk Mia”

Aku menguntum senyuman terakhirku buat Mia..

“Mia,Adam akan pergi meninggalkan mia buat selamanya. Anggaplah kita tidak pernah bertemu sebelum ini. Adam bukan yang terbaik buat Mia.Dan jika memang sudah tertulis kita akan bersama InsyaAllah dengan izin-Nya kita akan bersatu jua. Selamat Tinggal".

Kami berpisah buat kali yang terakhirnya setelah setahun enam bulan kami berkenalan.

-hak cipta terpelihara

-Qarl Qhairiey-

2 comments:

  1. **Hari ni genaplah setahun aku berkenalan dengan Mia Zahra
    **Kami berpisah buat kali yang terakhirnya setelah setahun enam bulan kami berkenalan.

    nak tegur sikit.hurm, should repare the part yg i paste balik ni..
    before done ur writing, u should check the timeline.tq..

    ReplyDelete
  2. hahhaahah..malas da nak baiki..nantikan ya sambungan cerita nie ya..tajuk Di ATas sejadah cinta

    ReplyDelete

Chat Room...