Kau Sahabat,Kau Teman !!

Like Me !!

silalah klik ...

Global Promotion Alliance

Cerpen : Izinkan Aku Melafazkan



SINOPSIS :

Haridz Ridzuan merupakan seorang anak orang kaya. Perkahwinan yang diatur oleh ibunya Puan Shila sama sekali tidak dipersetujui oleh Haridz. Namun perkahwinannya dengan seorang anak orang gaji keluarganya,Shila terus dilangsungkan tanpa sebarang bantahan. Adakah cinta akan menjadi milik mereka?. Ikuti kisah selanjutnya dalam Izinkan Aku Melafazkan.


Kedinginan suasana petang dek hujan yang turun dengan lebatnya. Aku tiada pilihan selain duduk menyendiri di dalam kamar kecilku sambil melayan perasaan dengan mendengar lagu-lagu yang telah aku “save”kan dalam MP3 sony ku.

“Arghh....bosannya. nak keluar rumah pun hujan lebat. Nak buat apalah. Nak online pun bosan. Adoi.. ‘’. Getus hati kecil Haridz Ridzuan.

Kedengaran pintu bilikku diketuk oleh seseorang. Aku lantas bangun dari pembaringanku melangkah menuju ke pintu bilik.

“Eh, mama. Kenapa ma ? ‘’. Kata Ridz sebaik sahaja melihat kelibat mamanya di muka pintu.

“Ridz, mama have something to tell you.. ‘’. Ujar Puan Safina sambil melangkah menuju ke birai katil milik Haridz.

“About what mama ? macam penting je ‘’. Soal Haridz dengan penuh kehairan.

“Ridz, mama nak Ridz kahwin dengan Shila. ‘’.

“What ?? ‘’. Haridz terkejut dengan kata-kata Puan Safina sebentar tadi.

Suasana dalam bilik terdiam seketika.

“Mama,Ridz tak akan kahwin dengan Shila ma. Dia tak setaraf dengan kita ma. Takkan Ridz nak kahwin dengan budak miskin macam tu ma. Ridz taknak dan tak akan ma.. ‘’ kedengaran lantang suara Haridz.

“Ridz, tak baik sayang..tak elok Ridz cakap macam tu..”.lembut suara Puan Safina.

“Ma,,Ridz tak akan jatuh cinta pada orang yang tak setafar dengan kita...”

“Ridz,,Shila tu baik budaknya,,sopan dan hormat orang tua pula...”

“Tapi mama Ridz tak nak...macam mana perkahwinan kami nak bahagia nanti kalau Ridz tak pernah cintakan dia..”

“Ridz,,cinta boleh dicari...cinta tak semestinya hadir masa kita sedang bercinta. Mama dengan arwah papa dulu pun tak pernah bercinta. Perkahwinan kami diatur oleh orang tua..”

“Mama,,itu dulu ma..dulu lain sekarang lain..”

“Ridz,dengar cakap mama sayang..Ridz akan temu kebahagian kalau Ridz berkahwinan dengan Shila...”

“Tapi mama...”.kata-kat Ridz mati disitu.

“Ridz,mama nak Ridz tahu selama ini mak Shilalah yang jaga makan minum kita Ridz. Dialah yang menyiapkan semuanya. Tanpa dia entah apalah nak jadi...”

“Tapi, mama dia sekadar anak orang gaji kita ma. Nanti apa kata kawan-kawan Ridz mama. Haridz Ridzuan berkahwin dengan seorang anak orang gaji..malu mama..malu..”.kini kedengaran semakin meninggi suara Haridz Ridzuan.

“Ridz,pangkat dan kedudukan tak penting sayang. Mama rela kalau harta mama semua hilang janji jangan kebahagiaan anak mama dirampas...”

Keadaan menjadi suram seketika. Haridz Ridzuan yang sedari tadi berdiri di tepi almari pakaiannya kini duduk di atas sofa.

“Mama taknak Ridz berkahwin dengan orang yang nakkan harta kita. Mama yakin Shila tak macam tu. Pokoknya Ridz tetap akan berkahwin dengan Shila. Ridz mesti bersedia sebulan dari sekarang...”sambung Puan Safina sedikit tegas.

Di dalam sebuah bilik kecil kelihatan seorang gadis sedang bersiap-siap untuk ke kelas. Kecil molek tubuh gadis itu. Wajahnya yang ayu menambahkan lagi keserian gadis itu. Pastinya akan berkocak hati si lelaki melihat kesederhanaan gadis ayu ini.

“Shila,ini mak dah siapkan makanan untuk Shila..”.

“Eh,mak..la kan semalam Shila dah cakap Shila makan dekat kolej je...”

“Kan da selalu sangat Shila makan makanan kat kolej tu...”

“Lah mak nak buat macam mana nama pun pelajar. Shila taknak susahkan mak kena siapkan makanan untuk Shila...”

“Tak apalah Shila. Shila jelah anak mak. Tak ada yang nak disusahkan pun...”

“Terima kasih mak. Shila pergi dulu ya...”.ucap Shila sambil mengucup pipi maknya.

Lalu melangkah keluar dari rumah.

“Kak Nab,saya dah bagi tahu Ridz yang dalam masa sebulan lagi dia akan berkahwin dengan Shila...”

“Eh,puan..tak perasan pula saya. Ridz setuju ke?...”

“Setuju atau tak itu tak penting yang penting saya nak dia kahwin juga dengan Shila...”

“Tapi puan....”. kata-kata Puan Zainab terhenti di situ.

“Kak Nab,saya tahu mereka akan bahagia nanti. Mereka akan temui cinta lepas kahwin nanti. Kak Nab jangan risau ya. Sama-sama kita doakan untuk kebahagiaan mereka..”. sambung Puan Safina seraya memeluk bahu Puan Zainab.

Kehabisan kata-kata Puan Zainab saat ini.

“Jadi sekarang ni Kak Nab dah carikan ke siapa yang bakal jadi wali untuk Shila nanti?”. Sambungnya lagi.

Puan Zainab hanya menganggukkan kepala sahaja. Puan Safina terus berlalu pergi selepas kata-katanya yang terakhir. Terpancar senyuman kegembiraan di wajah Puan Safina. Kegembiraan yang tidak lama lagi akan melihat satu-satunya anak tunggalnya mendirikan rumah tangga.

Masa berjalan dengan begitu pantas. Kini,hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Hari dimana Haridz Ridzuan dan Putri Nur Shahila akan diijabkabulkan.

“Ridz,ko dah bersiap belum..”. sapa Faried satu-satunya sepupu yang begitu rapat dengan Haridz Ridzuan.

Haridz Ridzuan hanya memandang Faried dengan wajah yang penuh sayu. Faried yang sedia maklum dengan isi hati sepupunya itu datang merapati Haridz Ridzuan.

“Ridz,aku tahu perkahwinan ini bukan yang kau nakkan. Ini bukan kerelaan kau. Tapi aku yakin mak long buat semua ni sebab dia rasa mungkin ini yang terbaik untuk kau..”.ucap Faried sambil memeluk bahu Haridz Ridzuan.

“Terbaik ko cakap Eid. Ni sengsara bagi aku. ko tahu tak..”balas Haridz hampa.

“Ridz,tak baik ko cakap macam tu,orang tua inginkan yang terbaik untuk kita..”

“Eid,cuba ko fikir macam mana aku nak bahagia sedangkan aku dengan Shila pun tak pernah bercinta..”

“Ridz,cinta lepas kahwin lagi indah. Cuba ko tengok abang long aku,bahagia je dia lepas kahwin. Lagilah tak pernah bercinta pun sebelum kahwin...”

“Eid,ko pun tahukan,aku tak pernah setia dalam bercinta..aku takut eid,aku takut..”

“Ridz,aku yakin Shila akan buat ko berubah nanti. Dah sekarang ko pergi bersiap ya..”pujuk Faried.

Haridz Ridzuan hanya menuruti apa yang dikatakan oleh Faried tadi.

Suasana diperkarangan rumah Puan Safina riuh rendah dengan kehadiran para tetamu yang diundang. Kelihatan saudara-mara kedua-dua mempelai telah duduk bersedia di dalam rumah sambil menantikan saat lafaz nikah dilangsungkan. Shila diwalikan dengan wali hakim sambil disaksikan oleh bapa saudaranya. Majlis berlangsung dengan penuh kesempurnaan.

Kini , genaplah enam bulan Haridz dan Shila berkahwin. Perkahwinan mereka tidaklah seindah yang digambarkan. Pantang ada yang salah pasti akan berlaku perselisihan antara mereka. Haridz pula asyik dengan kerjanya di pejabat. Jika Haridz mempunyai masa lapang dihujung minggu pun pastinya dia akan keluar untuk bermain golf. Tinggallah Shila bersendirian di rumah mereka. Rumah yang merupakan hadiah perkahwinan dari ibu Haridz buat mereka berdua.

“Hello,assalamualaikum. Abang balik tak makan tengah hari ?’’.soal Shila sebaik sahaja Haridz menyambut panggilan telefon darinya.

“Rasanya tak. Abang sibuk ni. Bye..”.balas Haridz lalu mematikan panggilan telefon.

Sementara itu,kelihatan Faried sedang berdiri dipintu bilik ofis Haridz.

“Ridz,Ridz,apalah nak jadi dengan kau ni. Kenapa kasar sangat. Dia tu kan isteri kau..”. soal Faried seraya duduk di hadapan meja Haridz.

“Aku tak boleh go on la dengan dia Eid. Aku tak menemukan kebahagiaan pun..”

“Ko pernah tak letakkan ruang untuk dia. Pernah tak ko buka hati ko untuk dia...”

“Sentuh dia pun aku tak pernah macam mana aku nak buat semua tu..”

“Astaghfirullah...selama enam bulan ko kahwin ni ko tak pernah nak sentuh dia?”.

Mengucap panjang Faried saat ini. Haridz hanya diam tanpa kata.

“Ridz,apa nak jadi dengan kau ni. Ko da langgar salah satu dari tanggungjawab suami terhadap isteri tahu tak..”.ucap Faried lagi.

“Aku tahu Eid..aku tahu..”

“Dah tu kalau ko tahu kenapa ko tak lakukannya?”.

Terdiam Haridz.

“Ridz,ko cuba buka hati ko untuk dia..”.ucap Faried lalu berlalu pergi.

Selepas selesai makan tengah hari bersama staf pejabat, Haridz Ridzuan menyambung kerja-kerja yang masih lagi banyak yang harus disiapkan. Sedang asyik leka menyiapkan kerja. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Haridz mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja kerjanya lalu mengangkat.

“Assalamualaikum mama. Kenapa telefon? Mana nak datang ofis ke?”.soal Haridz.

“Shila Ridz,Shila..”.balas Puan Safina dalam keadaan sedu sedan.

“Mama kenapa dengan Shila ma...”.soal Haridz cemas.

“Ridz..Shila kemalangan Ridz. Dia kan hospital sekarang. Mak Nab ada kat sana tengok keadaan dia...”

Tanpa sebarang jawapan Haridz terus bergegas ke hospital.

“Mak,kenapa dengan Shila mak?”.soal Haridz penuh cemas sebaik melihat kelibat Puan Zainab di ruang menunggu.

“Mak tak tahu Ridz. Dorang telefon mak cakap Shila kemalangan..”.balas Puan Zainab dalam esakan.

“Shila kat mana sekarang mak..”

“Shila dalam bilik pembedahan sekarang...”

“Kita sama-sama tunggu ya nak..”

Mereka menunggu dengan penuh kesabaran. Kelihatan juga Puan Safina telah pun sampai di hospital untuk sama-sama menanti perkembangan Shila.

“Ridz,mama rasa baik kita pergi solat dulu. Dah masuk waktu ni. Jom Kak Nab..”. ujar Puan Safina lalu berlalu ke surau bersama-sama dengan Puan Zainab.

Di sudut kecil kelihatan seorang lelaki sedang memanjat doa ke hadrat Illahi.

“Ya Tuhanku,Kau selamatkanlah nyawa isteriku. Janganlah terjadi apa-apa kepadanya. Ya Tuhan berikanlah kesempatan kepadaku agar aku dapat melafazkan kata-kata cinta. Kata-kata yang tidak pernah aku lafazkan kepadanya. Berikanlah kesempatan ya Tuhan...”.

Semakin terdengar esakan Haridz Ridzuan saat ini. Tangisan yang dia tidak pernah tangiskan selama dia melafazkan aku terima nikah Putri Nur Shila. Selesai menunaikan solat. Haridz menuju ke bilik doktor untuk mengetahui keadaan isterinya.

“Isteri awak koma...”

Begitu luluh hatinya saat ini apabila mendengar kata-kata yang dilafazkan oleh doktor sebentar tadi. Langkah kakinya terus di atur menuju ke bilik Shila dirawat. Sebaik membuka pintu kelihatan tubuh isterinya terbaring kaku. Kepalanya dibalut. Kakinya disimen. Bertambah kecewa hati Haridz kini. Ditariknya kerusi ditepi katil itu. Termenung seketika.

“Maafkan abang sayang,maafkan abang yang selama ini tak pernah membahagiakan sayang. Abang bersalah sayang. Abang bersalah..”.ucap Haridz seraya menggenggam erat jari jemari Shila.

Apa yang diharap olehnya kini. Shila membuka mata dan memaafkannya. Setelah beberapa hari koma. Shila kini mampu membuka mata. Namun keadaannya masih lagi lemah. Selama itulah Haridz lah yang setia menemani shila di hospital.

“Alhamdulillah,akhirnya sayang dah sedar. Nilah saat yang abang tunggu-tunggu..”gembira tidak terkata Haridz saat ini.

“Abang...”.

“Shh..sayang jangan banyak bercakap dulu ok. Keadaan tak stabil lagi..”ucap Haridz sambil mengucup bibir Shila.

Shila hanya mampu tersenyum saat ini.

“Sayang,maafkan abang. Selama ni abang abaikan Shila. Maafkan abang shila. Siang malam abang berdoa agar sayang cepat sedar. Akhirnya tuhan dah makbulkan doa abang....”

“Shila dah lama maafkan abang..”

“Terima kasih sayang. Dan saat nilah abang tunggu. Saat Shila sedar. Izinkan abang melafazkan abang sayangkan Shila dan abang nak Shila selamanya ada dalam hati abang..”

“Terima kasih abang,terima kasih kerana sudi terima shila seadanya Shila..”

Lantas dikucup pipi Shila.

-TAMAT-

-Hak cipta terpelihara 2011-

Idea asal oleh : Qarl Qhairiey

4 comments:

  1. klau panjangkn lagi cerita msti lg besh! :)

    ReplyDelete
  2. Best.... Tapi kalau pnjg lgi skit better la.. Sbb mcm terburu2 nak ending

    ReplyDelete

Chat Room...