Kau Sahabat,Kau Teman !!

Like Me !!

silalah klik ...

Global Promotion Alliance

Cerpen : Izinkan Aku Mencintaimu



Suasana dingin menyelubungi malam yang semakin dinihari. Kelihatan beberapa kelibat penjual warung di tepi jalan sedang asyik mengemas kawasan warung untuk pulang ke rumah. Di sebalik daunan kecil kelihatan seorang lelaki berkemeja putih sedang meratapi saat kesedihannya. Sekeping gambar ditangannya terus ditatapi dengan linangan air mata yang kian mencurah membasahi pipi. Kelopak matanya dibanjiri air yang berkaca entah kapan akan reda. Suasana sedih dan pilu sambil bertemankan malam yang dingin terus dilayaninya dengan penuh pengharapan agar insan yang pergi meninggalkannya akan kembali pulang dalam dakapannya. Jika diikutkan hati ingin sahaja dia melakukan perkara yang tidak sewajarnya. Namun dengan berselimutkan kekuatan iman yang dimiliki olehnya,niat yang sedari tadi berputar ligat dalam kotak pemikiran kini terbantut dek keteguhan iman.

“Is..Dira minta maaf dengan Is,,Dira tak boleh nak terima cinta Is...”.kata-kata Nadira itu begitu membuatkan hati Faiz Ikhwan tersentap.

“Tapi kenapa Dira? Kenapa? ”.

“Is..Dira hargai kejujuran Is tapi hati Dira Is,hati Dira’’..

“Kenapa dengan hati Dira? Dira tak percaya dengan kejujuran Is kat Dira? ’’

“Bukan Is..Dira dah anggap Is macam abang kandung Dira sendiri..takkan Dira nak jatuh hati pada abang Dira...’’

“Tapi Dira,Is betul-betul sayangkan Dira..Is Sayangkan Dira lebih dari Is sayang diri Is...”

“Is..Dira pun sayang kan Is tapi tak lebih sayangnya adik pada seorang abang yang selama ni jaga Dira...”.

“Dira...”.kata-kata Faiz mati di situ.

“Maafkan Dira....”.balas Nadira lalu melangkah pergi.

Sesungguhnya tidak pernah timbul sekelumit cinta pun dihati Nadira untuk lelaki bernama Faiz Ikhwan. Mereka diibaratkan seperti adik-beradik namun pada hakikatnya mereka merupakan kawan baik sejak kecil lagi. Dan mana mungkin Nadira mencintai Faiz Ikhwan kerana Nadira sendiri pun telah jatuh hati pada Aleff Aqasha. Seorang anak muda yang tinggi lampai dan bertubuh sasa. Pastinya akan cair hati si gadis melihat ketampanan Aleff.

Di dalam sebuah rumah kelihatan Puan Suhaila sedang asyik mengemas. Itulah rutin harian Puan Suhaila sesudah memasak pastinya tangan lembutnya itu terasa gatal untuk mengemas hiasan dalaman rumahnya. Pastinya dia merupakan seorang yang suka akan kekemasan. Mana nak tumpahkan kuah kalau tak ke nasi. Sikapnya itu menurun kepada satu-satunya anak lelaki kesayangannya itu,Faiz Ikhwan.

“Morning mama..”.ucap Faiz lalu mengucup pipi mamanya.

“Morning,awal anak mama bangun hari ni..”.balas Puan Suhaila.

“Sekali-sekala mama,lagipun Is ingat nak keluar sekejap pagi ni..”.

“Ooo..Is nak ke mana sayang?”.soal Puan Suhaila.

“Saja mama,Is nak ambil angin. Lama pula rasa tak pergi jalan-jalan. Lagipun hari ni kan cuti. Nanti da masuk ofis banyak pula kerja yang bertimbun tu..”.balas Faiz sambil tersenyum.

“Kesian anak mama ni...”.ucap Puan Suhaila sambil mengusap rambut Faiz.

“Okey la mama,Is nak mandi dulu...”.balas Faiz lalu melangkah pergi.

Seperti kebiasaannya,Faiz pasti akan menghabiskan masa hujung minggunya bersama-sama dengan Fikhriey. Mereka akan pergi karaoke,menonton wayang dan pastinya akan ke ice-skating. Itulah aktiviti kegemaran Faiz. Hanya inilah satu-satunya cara untuk dia menghilangakn segala masalah yang berada dalam dirinya.

“Thanx Fiq. Ko sudi keluar ngan aku hari ni..”.ucap Faiz.

“No hallah. Macam tak biasa...”

“Fiq,aku ingatkan aku nak sambung belajarlah..”

“Ko serius Is..”

“Laa,mestilah serius. Ko tengok muka aku ni ada muka main-main ke?”.soal Faiz.

“Memang la tak ada muka main-main..tapi kenapa?”.

“Aku nak memulakan hidup baru Fiq...”

“Mulakan hidup baru dengan sambung belajar...”

Faiz menganggukkan kepalanya.

“Takkan la sebab Dira tak terima cinta kau. Kau nak amik tindakan nak sambung belajar. Kena banyak guna masa dan tenaga kalau jadi student ni Is..”.sambung Fikhriey lagi.

“Aku sedia semua tu Fiq. Aku sanggup...”

“Aku sokong kau. Kalau kau rasa itu yang terbaik...”.balas Fikhriey.

Kini tibalah Faiz berangkat ke London. Faiz telah menerima tawaran belajar dalam jurusan Business Administration with Human Resource Management di University Of London. Tidak terkira betapa gembira hatinya ketika menerima tawaran itu. Faiz yakin inilah masa depannya.

“Selamat tinggal Malaysia tanah tumpah darahku. Akanku pulang dengan segunung kejayaan..”.bisik hati keciknya.

Setelah empat tahun berada di perantauan kini pulangnya Faiz disisi keluarga. Kepulangan yang dinantikan oleh mamanya,Puan Suhaila. Kini digenggamnya segulung ijazah dengan penuh kegembiraan dan kebanggaan. Setelah menamatkan pengajiannya, Faiz kini menjadi seorang Pengurus Pemasaran di salah sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Hidupnya kini hanya memfokuskan kepada kerja sahaja. Tidak sesaat pun dia memikirkan soal cinta. Mungkin menunggu masa yang sesuai barangkali untuk dia mencintai dan dicintai.

“Encik,ini Cik Nadira. Staf baru di Jabatan kita....”.sapa Juliana setiausaha kepada Faiz.

Tersentap Faiz saat ini.

“Oh,hai..selamat bertugas...”.Faiz mengucapkan kepada Nadira sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

Nadira menyambutnya dengan satu senyuman. Betapa rindunya Faiz saat ini.

“Oh ya Julia,awak tunjukkan dulu meja Cik Nadira ni kemudian lepas semuanya selesai, Nadira awak jumpa saya semula okey...”.ucap Faiz kepada Juliana dan Nadira.

Kemudian mereka pun berlalu pergi dari ruang bilik Faiz. Setelah beberapa minit Nadira masuk semula ke dalam ruang bilik Faiz.

“Silakan duduk Cik Nadira...”.ucap Faiz setelah melihat Nadira berada di hadapan meja kerjanya.

“Terima kasih..”.

“Dira sihat?”.itulah soalan pertama yang diajukan oleh Faiz.

Nadira hanya menganggukkan kepala sahaja.

“Malam ni Dira free tak?”.sambung Faiz lagi.

“Free kot..lagipun Dira nak keluar juga beli barang-barang rumah malam ni..”

“Oh,kalau macam tu nanti Is amik Dira kat rumah ya...”

“Okey...”

Mereka pun keluar seperti yang dijanjikan. Sejak dari itu mereka semakin rapat.

“Oh ya..Encik,arini encik ada perjumpaan dengan Konsultant dari syarikat maju jaya berhad jam 3 petang...”

“Okey,terima kasih Julia..”

“Oh ya satu lagi..jangan lupa encik untuk datang ke malam gala syarikat kita esok..”. sambung Juliana lagi.

“Okey..”.balas Faiz sambil menganggukkan kepalanya.

Malam Gala berlangsung dengan penuh gilang-gemilang. Semua yang hadir memperagakan pakaian masing-masing. Mana tidaknya siapa yang tidak ingin terlepas untuk mendapatkan gelaran King and Queen of the night. Pastinya kemeriahan malam itu bertambah seri dengan tema ala-ala kayangan. Semua kelihatan seperti berada di alam khayalan. Setelah selesai penyampaian anugerah kepada para pekerja yang dipilih kini tibalah masa dan saat yang dinantikan. Pengumuman king and queen of the night. Semua berdebar-debar saat ini. Suasana terdiam seketika menantikan pengumuman. Apa yang kedengaran kini hanyalah alunan muzik dan suara pengacara majlis sahaja.

“King and queen of the night jatuh kepada Faiz Ikhwan dan Nadira Syafina..”.lantang kedengaran suara pengacara majlis membuat pengumuman.

Faiz dan Nadira beriringan naik ke atas pentas.

“Nadira Syafina,sudikah awak menjadi teman hidup saya...”.ucap Faiz dihadapan semua tetamu yang hadir.

Terkedu Nadira saat ini. Semua yang hadir bersorak keriangan.

“i will..”.balas Nadira.

Kedengaran sorakkan dan tepuk tangan dari semua kakitangan syarikat tempat Faiz bekerja.

Segala persiapan perkahwinan telah dijalankan. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi Nadira akan menjadi milik Faiz. Berdebar rasanya dihati Nadira saat ini menantikan kehadiran rombongan dari pihak Faiz ke rumahnya. Tepat jam 1.30 petang rombongan dari pihak pengantin lelaki pun tidak. Selesai akad nikah dan majlis persandingan,kedua-dua mempelai kini bersiap untuk sesi bergambar dan memotong kek. Majlis berlangsung dengan meriah sekali.

“Dira,terima kasih untuk kegembiraan ini..”.ucap Faiz.

“Terima kasih juga untuk cinta ini..”.balas Nadira.

“Tidak ada apa yang lebih menggembirakan hati Is selain mendapat cinta dari Nadira Syafina..”.ucap Faiz lalu mengucup pipi Nadira.

Nadira hanya terdiam dan membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh Faiz saat ini.

“Dira,izinkanlah Faiz Ikhwan melafazkan kata-kata cinta. Dan izinkanlah juga daku mencintaimu sepenuh hatiku...”.ucap Faiz dengan penuh keikhlasan.

“Terima kasih Is untuk segalanya....”.

Kini bermulanya pelayaran cinta mereka. Suasana malam terus dinikmati oleh Faiz dan Nadira.

-TAMAT-

-hak cipta terpelihara 2011-

-hasil nukilan : Qarl Qhairiey-

No comments:

Post a Comment

Chat Room...